Super Fabolous
Sleep In The Dream...

Appreciation
Background : Photobucket
Extras : Mr Google
Main Idea : Diya Sesame
Blogskin Tutorials : Diya Sesame



October 2011
November 2011
December 2011
January 2012


Friday, 7 October 2011
Kelebihan Solat Dengan Khusyuk.. ;) @ 01:23 | 0 dream(s)

Allah swt berfirman; Peliharalah kamu (kerjakanlah dengan tetap dan sempurna pada waktunya ) segala solat fardu, khasnya solat Asar, dan berdirilah kerana Allah (dalam solat kamu) dengan taat dan khusyu’. [Al Baqarah ayat 238]

Allah swt berfirman; Dan mintalah pertolongan (kerana Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat; dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyu’. [l Baqarah ayat 45]

Allah swt berfirman; Sesungguhnya berjayalah orang yang beriman. Iaitu mereka yang khusyu’ dalam solatnya. [Al Mukminun ayat 1-2]

Dari Uthman ra. Berkata; Aku mendengar Rasulullah saw. Bersabda: Barangsiapa dikalangan orang Islam yang menghadiri solat fardu dengan memperbaguskan wuduknya dan menjaga kekhusyukannya dan rukuknya, maka akan diampuni segala dosanya yang lalu, selagi mana tidak melakukan dosa-dosa besar, dan fadhilat solat ini dia akan sentiasa memperolehinya [Hadis Riwayat Muslim]

Dari Abu Zar ra. Meriwayatkan bahawa Rsulullah saw bersabda; Perhatian Allah swt kepada seseorang ketika solat akan kekal selagi mana ia bertawajuh dalam solatnya. Apabila seseorang memalingkan tawajuhnya ketika solat, maka Allah juga memalingkan perhatianNya  terhadapnya. [Hadis Riwayat Nasai]

Dari Wail ibn Hijr ra. Berkata bahawa Rasulullah merenggangkan jarinya ketika beliau rukuk dan merapatkan jari-jarinya ketika beliau sujud. [Hadis Riwayat Tabrani]

❤ older posts / newer posts ❤