Super Fabolous
Sleep In The Dream...

Appreciation
Background : Photobucket
Extras : Mr Google
Main Idea : Diya Sesame
Blogskin Tutorials : Diya Sesame



October 2011
November 2011
December 2011
January 2012


Wednesday, 14 December 2011
7 kelebihan bersahur di bulan ramadhan @ 00:21 | 0 dream(s)

1. Nabi s.a.w pernah bersabda yg bermaksud: Bersahurlah kamu kerana sesungguhnya bersahur itu adalah berkat
2. Nabi s.a.w penah bersabda yg bermaksud: Hendaklah kamu bersahur kerana ia adalah makanan yg berkat.
3. Nabi s.a.w pernah bersabda yg bermaksud: Perbezaan antara puasa kita orang Islam dengan puasa ahli Kitab ialah kita makan sahur.
4. Nabi s.a.w pernah bersabda yg bermaksud: Memakan sahur itu boleh memberi kekuatan untuk berpuasa pada siang hari dan qailulah(tidur sekejap) pada seiang hari(sebelum zohor) boleh memberi kekuatan untuk qiamullai-hadis dari Ibnu Abbas.
5. Nabi s.a.w pernah bersabda yg bermaksud: Sesungguhnya Allah dan Malaikat berselawat ke atas mereka yg bersahur-hadis dari Ibnu Abbas.
6. Nabi s.a.w pernah bersabda yg bermaksud: Sentiasalah umatku itu dalam keadaan kebaikan selama mana mereka menyegerakan berbuka dan melambatkan sahur.
7. Nabi s.a.w pernah bersabda yg bermaksud: Sahur itu berkat,oleh itu janganlah kamu meninggalkannya walau pun dengan meminum seteguk air kerana sesungguhnya Allah dan malaikat berselawat ke ats mereka yg bersahur.

❤ older posts / newer posts ❤